Kelas atas Talian: Penjagaan Komputer Riba

22 April 2022 | Aktiviti Terkini

Komputer riba merupakan keperluan kepada mereka yang bekerja mahupun pelajar. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga peranti berkenaan supaya boleh digunakan untuk jangka masa yang lama. Terdapat beberapa cara untuk menjaga komputer riba agar boleh digunakan untuk tempoh jangka masa yang lama seperti meletakkan computer riba di tempat yang sesuai agar system pengudarannya berfungsi dengan baik. Selain itu, komputer riba juga perlu dibersihkan secara berkala untuk memastikan motherboard tidak mengalamai sebarang kerosakan.

Oleh itu, pada 21 April 2022, pihak PEDi Sibuti telah mengadakan satu sesi kelas secara atas talian melalui platfom laman sesawang Facebook yang bertajuk “Penjagaan Komputer Riba”. Objektif kelas berkenaan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga komputer riba supaya tidak mengalami sebarang kerosakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali