Kelas Atas Talian Canva: Membuat Kad Perniagaan

18 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kad perniagaan merupakan antara perkara paling penting dalam perniagaan. Ia menjadi penghubung antara peniaga dengan pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan dimasa akan datang. Di samping itu, ia juga membantu untuk membina rangkaian perniagaan yang meluas. Oleh itu, PEDi Sibuti telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas secara atas talian tentang cara-cara membuat kad perniagaan dengan menggunakan Canva.

Terdapat beberapa kepentingan kad perniagaan kepada para perniaga secara khasnya seperti medium untuk memberitahu pelanggan tentang cara-cara untuk menghubungi mereka. Video kelas berkenaan telah dimuat naik di platfom Facebook rasmi PEDi Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam daripada pukul 2 petang sehingga 2.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali