Kelas Atas Talian Canva: Membuat Resume

18 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Resume merupakan elemen penting yang perlu ada kepada mereka yang mencari pekerjaan. Secara amnya, resume adalah ringkasan atau keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dan sebagainya. Oleh itu, PEDi Sibuti telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas secara atas talian tentang cara-cara membuat resume dengan menggunakan Canva. Pada masa yang sama, peserta yang menyertai kelas berkenaan juga boleh meningatkan kemahiran asas ict mereka dalam aspek kemahiran melayari internet.

Video kelas berkenaan telah dimuat naik di platfom Facebook rasmi PEDi Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam daripada pukul 2 petang sehingga 2.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali