Menerokai Dunia Internet Merdeka

17 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Perkembangan dunia teknologi yang semakin cepat berkembang seiring dengan tuntutan perkembangan modenisasi kehidupan. Generasi muda khususnya pelajar sekolah perlu mendapat pendedahan awal berkaitan teknologi agak seiring dengan peredaran zaman. PEDi SIbuti telah mengadakan kelas pengenalan kepada komponen asas komputer dan mewarna digital menggunakan aplikasi Paint.

Tujuan utama kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah berkenaan komponen komputer dan asas ICT. Kelas ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai patriotik dalam kepada generasi muda. Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang pelajar sekolah Tadika Kemas Kpg Kuala Sibuti yang berusia dalam lingkungan 4 tahun dan 5 tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali