Jemputan Menjadi Hakim Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Kampung Kuala Sibuti Anjuran AJKRT Kampung Kuala Sibuti

15 September 2022 | Aktiviti Terkini

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun. Oleh itu, pihak AJK Rukun Tetangga Kampung Kuala Sibuti telah menganjurkan Pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Kampung Kuala Sibuti yang telah disertai oleh komuniti setempat. Pihak AJKRT Kampung Kuala Sibuti telah menjemput Rakan Digital dan staff PEDi Sibuti untuk menjadi salah seorang hakim pertandingan. Terdapat beberapa kriteria yang menjadi fokus utama pengadilan seperti keseragaman susun atur jalur gemilang, keunikan dan kreativiti, kekemasan dan keceriaan. Pertandingan berkenaan telah disertai oleh 11 orang komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali