Tutorial Membuat Resume Menggunakan Canva

14 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Resume adalah keterangan ringkas mengenai maklumat diri, pengalaman kerja, pendidikan, dan sebagainya. Pada kebiasaanya resume digunakan utuk memohon pekerjaan. Terdapat beberapa cara untuk membuat resume sama ada menggunakan perisian Microsoft Word atau Excel, templat khas, dan secara atas talian. Kaedah secara atas talian adalah kaedah yang sangat mudah dan senang untuk diaplikasikan dimana pengguna hanya perlu menukar maklumat pada templat yang telah disediakan. Misalnya, pengguna boleh menggunakan laman sesawang Canva untuk membuat resume secara atas talian.

Oleh yang demikian, pada 13 Oktober 2022, pihak PEDi Sibuti telah memuatnaik satu video mengenai cara membuat resuma secara atas talian menggunakan laman sesawang Canva di platform Facebook Page dan saluran Youtube. Objektif utama kelas atas talian berkenaan adalah untuk mengajar pengguna khasnya komuniti setempat tentang cara membuat resume dengan mudah dan senang secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali