Kelas Panduan Internet Dengan Bijak

13 November 2022 | Aktiviti Terkini

Kecanggihan teknologi dan kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat dapat membantu masyarakat tidak kira usia. Namun kemudahan ini akan menjadi kemudaratan jika disalahgunakan. Oleh itu, PEDi Sibuti telah mengadakan kelas panduan internet dengan bijak untuk memberi pendedahan berkenaan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab dalam menggunakan internet.

Antara aktitivi yang diadakan pada kelas ini adalah taklimat ringkas, tayangan video dan juga sesi uji minda. Peserta telah mendengar taklimat dan tayangan video berkaitan topik berfikir sebelum bertindak, semak fakta dan menentusahkan kebohongan. Mereka juga menjawab soalan uji minda secara atas talian di laman sesawang Typeform. Seramai 5 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali