Pertandingan Kuiz Kahoot Hari Malaysia 2022

11 September 2022 | Aktiviti Terkini

Sambutan Hari Malaysia akan disambut pada 16 September setiap tahun ini yang bertujuan untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia. Oleh itu bersempena sambutan Hari Malaysia, PEDi Sibuti telah mengadakan pertandingan kuiz Kahoot Hari Malaysia 2022. Pertandingan ini diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Malaysia dan menerapkan nilai patriotik dalam kalangan anak muda. Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran penggunaan ICT mereka.

Pertandingan ini diadakan khusus untuk pelajar sekolah yang berumur 11 tahun hingga 13 tahun. Mereka akan diuji dengan soalan-soalan berkisar sejarah antaranya sejarah Hari Malaysia dan Jalur Gemilang. Pertandingan ini telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali