Pertandingan Kuiz Kahoot Merdeka 2021

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan Pertandingan Kuiz Kahoot Merdeka 2021 menerusi laman sesawang Kahoot. Pertandingan ini berbentuk kuiz yang berkisar mengenai sejarah kemerdekaan negara dan pembentukan Malaysia. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menyemarakkan sambutan hari kebangsaan dan semangat patriotik komuniti. Pertandingan ini telah berlangsung bermula pada 16 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021. Keputusan pemenang pertandingan telah diumumkan secara atas talian menerusi laman Facebook Page dan Instagram PIK Sibuti pada 4 September 2021. Pertandingan kuiz ini mendapat sambutan yang memberansangkan dengan jumlah peserta sebanyak 22 orang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali