Aktiviti PKP 3.0 - Tutorial Ringkas Microsoft Excel Siri 5: Menukar Bentuk Tulisan

3 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan satu tutorial ringkas Microsoft Excel iaitu tentang cara mengubah bentuk tulisan kepada yang lebih formal dengan menggunakan formula. Tujuan utama video tutorial ini dibuat adalah untuk membantu mereka diluar sana yang mempunyai masalah penggunaan excel. Secara tidak langsung perkara ini akan memudahkan kerja harian mereka disamping meningkatkan lagi kemahiran asas penggunaan Microsot Excel. Video tutorial ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan durasi video selama 4 minit lebih. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali