Latihan Asas ICT Siri 2

30 April 2021 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan sesi latihan asas ICT yang merangkumi beberapa topik seperti internet dan pengenalan kepada komponen-komponen komputer. Sesi latihan ini mensasarkan golongan kanak-kanak sebagai peserta. Hal ini adalah kerana, tujuan utama kelas tersebut adalah untuk mendidik generasi muda supaya lebih berpengetahuan dan berkemahiran dalam ICT. Pada masa yang sama penerangan tentang Check Your Label juga diselitkan dalam kelas berkenaan.

Kelas tersebut telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 4.00 petang. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kelas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali