Aktiviti PKP 3.0 - Tutorial Cara Menukar Fail Pdf ke Word

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun yang lepas, PIK Sibuti telah mengadakan satu tutorial ringkas mengenai cara-cara menukar fail berformat pdf ke fail format word dengan mudah tanpa menggunakan sebarang perisian atas talian. Tujuan utama video tutural ini adalah untuk membantu mereka diluar sana yang mempunyai masalah capaian internet. Secara tidak langsung perkara ini akan memudahkan kerja harian mereka.

Video tutorial ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan durasi video selama 2 minit lebih. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali