Aktiviti PKP 3.0 - Bual Bicara Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kemana destinasi dan halatuju pelajar selepas SPM? Pemilihan kerjaya pendidikkan selepas SPM adalah penting untuk masa depan yang cemerlang dan gemilang agar tidak tersalah langkah. Oleh yang demikian, bual bicara ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan tentang hala tuju pelajar lepasan SPM. Terdapat banyak pilihan para pelajar lepasan SPM untuk meneruskan pendidikan mereka sama ada memohon kemasukan ke institusi awam atau swasta bergantung kepada minat dan keperluan pekerjaan pada masa kini.

Bual bicara telah dilangsungkan di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan berdurasi selama 28 minit. Perkongsian bual bicara ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat khasnya pelajar lepasan SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali