Kelas Atas Talian: Membuat Surat Rasmi

24 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Sibuti telah mengadakan kelas secara atas talian pada23 September 2021 iaitu cara-cara membuat surat rasmi dengan betul. Objektif utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk membantu komuniti setempat membuat surat rasmi dengan menggunakan format yang tepat. Hal ini adalah kerana surat rasmi digunakan untuk membuat permohonan, aduan, cadangan, dan sebagainya. Pada masa yang sama, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran asas ICT mereka.

Video kelas berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 3 orang peserta telah mengikuti kelas secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat membantu komuniti setempat untuk membuat membuat surat rasmi dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali