Aktiviti PKP 3.0 – Tutorial Ringkas Microsoft Excel Siri 4

18 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Sibuti telah membuat satu video pendek berkaitan cara menggunakan short cut keys di Microsoft Excel. Tujuan video tutorial pendek ini adalah untuk berkongsi dengan penonton kaedah menggunakan short cut keys di Microsoft Excel yang mana dapat membantu dalam memudahkan penggunaan Microsoft Excel mereka. Video ringkas ini adalah video siri yang keempat bagi topik Microsoft Excel.

Video tutorial ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan durasi video selama 1 minit. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali