Aktiviti PKP 3.0 – Tutorial Microsoft Word untuk Pemula

21 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Dewasa ini, kemahiran mengunakan Microsoft Word amat penting terutama kepada para pelajar. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Sibuti telah membuat satu video pendek berkaitan asas penggunaan Microsoft Word. Tujuan tutorial ini diadakan untuk memperkenalkan dan mengajar penonton asas-asas menggunakan Microsoft Word. Penonton diajar cara menggunakan Microsoft Word seperti kaedah membesarkan saiz tulisan dan kaedah menukar jenis tulisan.

Video tutorial ini telah dimuat naik di laman Facebook Pusat Internet Komuniti Sibuti dengan durasi video selama 15 minit. Perkongsian video tutorial ini diharapkan dapat memberi manfaat dan membantu komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali