Kuiz Kahoot

23 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Dewasa ini, kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan pelajar amat penting. Oleh itu, PIK Sibuti telah menganjurkan kuiz penggunaan asas komputer menerusi laman sesawang Kahoot. Tujuan utama kuiz ini diadakan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan komputer peserta melalui kaedah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Secara tidak langsung, peserta akan lebih teruja untuk mempelajarinya disamping meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Peserta yang telah menyertai aktiviti ini terdiri daripada pelajar Tahun 2 hingga pelajar Tahun 4.

Aktivti ini telah diadakan di Bilik Latihan PIK Sibuti dengan mematuhi penjarakan sosial dan SOP yang telah ditetapkan. Aktiviti ini berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 4.30 petang. Seramai empat orang peserta telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali