Bual Bicara Bersama Usahawan (Puan Syazwani)

23 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Bual bicara bersama usahawan ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan mempromosi produk jualan mereka. Melalui bual bicara ini Puan Syazwani dapat memperkenalkan produk jualannya kepada rakan-rakan Facebook Page PIK Sibuti. Aktiviti ini telah dijalankan secara langsung menerusi aplikasi Stream Yard di laman Facebook Page PIK Sibuti.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika sesi sembang santai ini adalah sesi temu bual berkenaan promosi produk jualan Puan Syawani dan bersembang tentang kembangan terkini perniagaannya terutama dalam tempoh PKPP ini. Aktiviti sembang santai ini telah berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Sesi bual bicara ini telah diadakan di bilik latihan PIK Sibuti dengan mematuhi penjarakkan sosial dan SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali