Sembang Santai KDB (Maklumat Palsu)

23 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Masyarakat sering melakukan perkongsian berita yang tidak pasti kesahihannya terutama di laman media sosial mereka. Pelbagai jenis berita ditularkan tanpa disemak kesahihan dan menimbulkan situasi cemas. Maklumat palsu ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu gossip, khabar angin, speklusi dan penipuan. Makanya, sesi sembang santai KDB ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bahayanya berkongsi maklumat palsu terutama perkongsian di media sosial. Melalui perkongsian ini, peserta telah diterangkan berkenaan jenis-jenis dan kesan penyebaran maklumat palsu serta peranan peserta dalam membendung penuralan maklumat palsu ini.

Kelas tersebut telah dilangsungkan melalui Facebook Page PIK Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Seramai tiga orang peserta telah menyertai sesi perkongsian ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali