Kelas Online: Postermywall

21 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Postermywall adalah salah satu laman sesawang yang menyediakan reka bentuk grafik yang mudah untuk digunakan kerana terdapat pelbagai jenis template yang telah disediakan seperti poster, grafik media sosial, video promosi, dan sebagainya. Oleh itu, PIK Sibuti telah mengambil inisiatif membuat kelas dalam talian yang berbentuk tutorial bagi membantu ahlinya mereka bentuk grafik yang lebih menarik dan kreatif. Kelas dalam talian berkenaan telah dilakukan melalui laman sesawang Stream Yard.

Kelas tersebut telah dilangsungkan melalui Facebook Page PIK Sibuti dan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 12.00 sehingga 12.30 tengah hari. Seramai empat orang peserta telah mengikuti kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali