Tutorial Powtoon Untuk Pemula

21 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2021, PIK Sibuti telah mengadakan kelas asas Powtoon yang berbentuk tutorial membuat persembahan video. Powtoon merupakan satu laman sesawang yang boleh digunakan untuk menghasilkan persembahan dan video dengan kaedah animasi. Matlamat utama kelas tersebut adalah untuk membantu komuniti setempat khasnya para pelajar dalam peghasilan persembahan yang lebih menyeronokkan.

Video tutorial berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kelas secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat membantu para pelajar bagi mengharungi sesi pembelajaran atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali