Canva: Tutorial Ringkas Membuat Poster Kemerdekaan

21 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Sibuti telah mengadakan tutorial atas talian tentang cara membuat poster kemerdekaan dengan menggunakan laman sesawang Canva. Objektif utama tutorial ini diadakan adalah untuk membantu komuniti setempat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang asas ICT dimana ICT tidak hanya tertumpu kepada kemahiran asas seperti membuat carian Google malah boleh membuat poster secara atas talian. Staf PIK juga menerangkan satu per satu cara untuk menggunakan laman sesawang Canva dengan lebih bijak dan efektif.

Video tutorial berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kelas secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat membantu komuniti setempat untuk membuat poster kemerdekaan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali