Kelas Atas Talian: Membuat Kad Perniagaan

19 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2021, Pusat Internet Komuniti Sibuti telah mengadakan kelas secara atas talian iaitu cara-cara membuat kad perniagaan dengan menggunakan Microsoft Word. Kad perniagaan merupakan elemen penting kepada para peniaga untuk memperkenalkan jenis perniagaan mereka kepada orang luar. Pada masa yang sama, para peserta juga boleh meningkatkan kemahiran asas ICT mereka khususnya dari aspek penggunaan Microsot Word.

Video tutorial berkenaan telah dimuat naik di Facebook Page PIK Sibuti. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kelas secara atas talian tersebut. Semoga dengan perkongsian berkenaan dapat membantu komuniti setempat untuk membuat kad perniagaan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali