Kelas Pembudayaan Keusahawanan Dalam Kalangan Kanak-kanak

21 September 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah menjalankan kelas pembudayaan keusahawanan yang memberi fokus kepada golongan kanak-kanak. Seiring dengan arus pemodenan, asas keusahawanan perlu dipupuk daripada peringkat sekolah lagi. Oleh yang demikian, pihak PI Sibuti mengambil inisiatif dengan menjalankan aktiviti keusahawanan yang merangkumi beberapa latihan seperti pemilihan produk jualan yang sesuai bertepatan dengan kehendak semasa dan membuat penelitian platform yang sesuai untuk mempromosikan produk tersebut.

Maklumat ini akan dicatat di dalam Microsoft Word. Sebelum bermulanya kelas berkenaan, para peserta akan mendengar taklimat KDB iaitu mengenai penipuan di internet.Seramai 5 orang kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas tersebut. Kelas berkenaan telah berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 10 pagi sehingga 11 pagi. Kelas berkenaan telah diadakan di bilik latihan PI Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali