Kursus Ulangkaji Sukarelawan Program Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN) Kg. Kuala Sibuti

12 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Jabatan Kesihatan Bahagian Miri telah mengadakan Kursus Ulangkaji Sukarelawan Program Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN) Kg. Kuala Sibuti di Pusat Internet Malaysia (PIM) Sibuti. Tujuan kursus ini untuk memberi penerangan berkenaan Program Komuniti Sihat kepada ahli KOSPEN Kg. Kuala Sibuti. Disamping itu, peserta mengetahui maklumat berkenaan permakanan sihat dan pengurusan hidup aktif. Melalui kursus ini juga, peserta telah didedahkan dengan CPR.

Pada masa yang sama, para peserta juga melakukan aktiviti praktikal CPR yang dipantau oleh pegawai kesihatan dan sesi soal jawab selepas taklimat. Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan PIM Sibuti dan telah berlangsung selama2 hari. Seramai 11 orang peserta yang telah menyertai kursus ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali