YouTube: Ulangkaji Matematik dengan Mudah

26 November 2020 | Aktiviti Terkini

Internet merupakan rangkaian komputer yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain. Pada masa yang sama, dengan adanya internet juga membolehkan setiap individu melakukan kerja atau menyelesaikan tugasan mereka dengan mudah. Dalam hal ini, PIK Sibuti telah mengambil inisiataif dengan membantu kanak-kanak untuk mengulangkaji matematik dengan menggunakan aplikasi YouTube. YouTube merupakan salah satu kemudahan yang disediakan kepada mereka yang gemar berkarya khasnya daripapa segi olahan video.

Oleh itu, para peserta telah menggunakan saluran YouTube untuk mencari bahan-bahan ulangkaji yang bersesuaian dengan subjek matematik. Tambahan pula, pada ketika ini sesi pembelajaran dilakukan secara atas talian disebabkan penularan pandemik Covid - 19. Langkah ini sedikit sebanyak membantu pelajar untuk mempersiapkan diri mereka bagi mengahadapi sesi persekolahan secara bersemuka pada tahun hadapan. Sebelum bermulanya kelas berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan kesan-kesan buli siber. Kelas tersebut telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 2.30 sehingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali