Math Playground

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

PIM Sibuti telah mengadakan kelas matematik yang berasaskan permainan khas untuk kanak-kanak tahap satu. Sesi pembelajaran adalah berasaskan permainan atas talian iaitu “Math Playground”. Permainan tersebut sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menitikberatkan keseronokan permainan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, permainan perlumbaan kereta. Untuk menggerakkan kereta berkenaan, peserta perlu menjawab soalan matematik terlebih dahulu seperti 1 tambah 2.

Secara tidak langsung para peserta juga boleh meningkatkan kemahiran asas ICT mereka apabila pemainan atas talian digunakan iaitu asas internet. Seramai 6 orang kanak-kanak yang berumur 5 hingga 9 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas berkenaan. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali