Kelas Kenali Dunia ICT

17 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

PIM Sibuti telah menjalankan kelas asas ICT yang merangkumi beberapa topik asas seperti komponen komputer, windows, dan internet. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk membantu para peserta khasya kanak-kanak untuk mengenali komponen asas komputer disamping meningkatkan kemahiran melayari internet mereka. Proses pembelajaran dilakukan secara berperingkat dimana peserta terlebih dahulu didedahlan dengan komponen komputer, kemudian jenis-jenis windows yang biasa digunakan dan seterusnya melakukan beberapa carian gambar menggunakan carian Google Chrome.

Kemudian, gambar-gambar berkenaan akan disimpan sebagai desktop. Proses ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan kemahiran asas ict para peserta. Seramai 9 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas berkenaan. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali