Kelas Asas Komputer Siri 1

31 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

PIM Sibuti telah menjalankan kelas asas komputer komputer yang mensasarkan peserta kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendidikan awal mengenai komponen komputer yang mereka perlu tahu. Selain itu, peserta juga akan diajar utuk menggunakan internet dengan betul bagi tujuan memuat turun contoh gambar komponen komputer seperti papan kekunci, tetikus, monitor, dan sebagainya. Kemudian gambar-gambar berkenaan akan dimasukkan ke dalam Microsoft Word.

Secara tidak langsung aktiviti ini akan meningkatkan tahap penguasaan para peserta tentang Microsoft Word. Setelah itu, peserta yang dipilih akan membentangkan hasil kajian mereka di hadapan kelas. Hal ini akan meningkatkan keyakinan peserta untuk bercakap di hadapan khalayak ramai kelak. Secara amnya, kelas ini penting kepada kanak-kanak agar generasi pelapis yang berkemahiran dan kreatif dapat dilahirkan. Seramai 10 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas berkenaan. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 2 petang sehingga 4 petang dan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali