Kelas Canva: Membuat Logo

24 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan kelas dalam talian iaitu kelas membuat logo menggunakan laman sesawang Canva. Canva merupakan salah satu laman sesawang yang sangat mudah digunakan untuk membuat poster, banner, logo, dan sebagainya. Manakala logo merupakan simbol kepada sesuatu produk, perniagaan, mahupun syarikat.

Kelas dalam talian berkenaan telah dilakukan melalui laman sesawang Stream Yard. Diharapkan kelas berkenaan sedikit sebanyak membantu para perniaga yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Seramai 6 orang penonton yang berumur 25 hingga 35 tahun telah menonton siaran langsung berkenaan. Kelas berkenaan telah berlangsung selama setangah jam bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali