Kahoot Merdeka 2020

31 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah mengadakan Kahoot Merdeka yang bertemakan sejarah Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Kahoot merupakan salah satu laman sesawang yang berasaskan pembelajaran elektronik berfomulakan soalan kuiz. Oleh yang demikian, laman sesawang tersebut sangat sesuai dijadikan sebagai platfom pembelajaran khususnya kanak-kanak. Pada hari kejadian, peserta akan menjawab 21 soalan yang berkaitan dengan sejarah Malaysia. Hari kemerdekaan merupakan hari bersejarah yang patut dihayati dan diingati oleh semua lapisan masayarakat.

Sebelum kelas tersebut bermula, para peserta telah diberi penerangan tentang identiti palsu. Seramai 10 orang kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai aktiviti berkenaan. Aktiviti tersebut telah berlangsung selama 1 jam yang merangkumi dua sesi iaitu sesi pertama bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10.30 pagi manakala sesi kedua bermula pada setengah jam yang berikutnya. Kelas berkenaan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali