Ulangkaji Lebih Menyeronokkan dengan Permainan Kahoot

14 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Seperti sedia maklum, sesi persekolahan secara bersemuka pada tahun ini telah ditamatkan lebih awal dan sesi pembelajaran dijalankan secara atas talian disebabkan oleh kes pandemik Covid-19 yang sejak akhir-akhir ini semakin meningkat. Oleh itu, PIK Sibuti telah mengambil pendekatan dengan membantu golongan ini mengulangkaji pelajaran mereka menggunakan kaedah yang lebih menyeronokkan iaitu melalui platfom permainan Kahoot.

Secara asasnya peserta akan diberi soalan melalui laman sesawang Kahoot dan mereka akan menjawab soalan berkenaan berdasarkan jawapan yang telah disediakan. Apa yang menyeronokkan adalah mereka akan bersaing sesama sendiri kerana markah yang diberikan adalah secara automatik berdarkan jawapan yang betul. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PIK Sibuti yang telah dihadiri oleh empat orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas berkenaan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali