Klik Digital Merdeka 2020

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

“Klik Digital Merdeka 2020” merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan di PI Sibuti bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63. Aktiviti tersebut memberi fokus kepada golongan kanak-kanak berusia 10 tahun kebawah yang berkonsepkan penggunaan internet. Peserta dikehendaki untuk mencari gambar yang berintipatikan kemerdekaan Malaysia seperti tugu negara, Jalur Gemilang, bunga kebangsaan iaitu bunga raya, dan sebagainya. Kemudian, gambar-gambar tersebut akan dimuat turun dan disimpan dalam storan komputer.

Secara tidak langsung aktiviti berkenaan boleh meningkatkan kemahiran asas ICT peserta. Sebelum bermulanya aktiviti berkenaan, peserta akan diberi penerangan tentang bahayanya penyebaran berita palsu internet. Seramai 10 orang kanak-kanak yang berumur 10 tahun kebawah yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti berkenaan telah berlangsung selama 1 jam yang merangkumi dua sesi iaitu sesi pertama bermula pada pukul 10 pagi sehingga 10.30 pagi manakala sesi kedua bermula pada 10.30 pagi sehingga pukul 11 pagi. Kelas berkenaan telah diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali