Meneroka Ciri dan Faktor Buli Siber

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

PIM Sibuti telah menjalankan satu aktiviti kesedaran yang mengupas isu “Buli Siber”. Buli siber merupakan satu jenayah yang berlaku dalam kalangan remaja mahupun kanak-kanak. Situasi ini berlaku apabila seseorang menghantar teks atau imej dengan niat mencederakan atau memalukan si mangsa melalui internet atau telefon bimbit.

Oleh itu, para peserta didedahkan dengan ciri-ciri dan faktor berlakunya jenayah berkenaan. Setiap peserta diminta untuk mencari beberapa ciri dan faktor buli siber di dalam internet. Kemudian, beberapa orang akan dipilih untuk menerangkan hasil carian mereka. Aktiviti sedemikian sedikit sebanyak akan meningkatkan tahap kesedaran peserta tentang buli siber. Seramai 5 orang kanak-kanak yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas berkenaan. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan diadakan di bilik latihan PIM Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali