Pendidikan Awal Jenayah Buli Siber

13 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Jenayah buli siber merupakan gejala yang tidak seharusnya dipandang enteng kerana ia mampu memberi impak yang negatif terhadap mangsa dalam jangka masa yang panjang. Bahkan ia tidak hanya tertumpu kepada individu, malah ia juga mengundang kesan yang buruk terhadap masyarakat. Oleh itu, pada 12 Disember 2020, pihak PIK Sibuti telah mengadakan kelas yang berbentuk pendidikan awal kepada golongan kanak-kanak supaya permasalahan ini dapat dibendung daripada terus menular.

Antara ativiti yang dijalankan adalah seperti mencari maksud dan kesan buli siber kemudian maklumat tersebut akan ditaip di dalam Microsoft Word. Pada masa yang sama kemahiran asas menaip dan mencari maklumat di dalam internet dalam kalangan peserta dapat diasah. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PIK Sibuti yang telah dihadiri oleh lima orang peserta yang juga merupakan ahli PIK Sibuti. Kelas berkenaan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali