Kelas Membuat Email

12 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Email merupakan salah satu medium komunikasi yang boleh di akses oleh semua individu. Google Mail (gmail) merupakan salah satu email yang sering digunakan untuk tujuan peribadi atau melakukan tugasan. Oleh yang demikian, PIK Sibuti telah mengambil langkah mengadakan kelas membuat email yang bertujuan untuk membantu individu yang kurang arif membuatnya.

Pada masa yang sama, peserta juga didedahkan dengan gejala penipuan kewangan di internet (scammer) yang semakin berleluasa pada masa ini. Penipuan kewangan di internet adalah satu kesalahan jenayah yang boleh mendatangkan impak yang negatif terhadap masyarakat. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PIK Sibuti yang telah dihadiri oleh serorang peserta yang juga merupakan ahli PIK Sibuti. Kelas berkenaan telah berlangsung selama setengah jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali