Kelas BeFunky: Hari Malaysia

20 September 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti telah mengadakan kelas asas pengeditan gambar menggunakan laman sesawang BeFunky yang bertemakan sambutan Hari Malaysia. Laman sesawang berkenaan sangat sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun. Peserta akan didedahkan dengan asas ICT seperti penggunaan internet. Oleh yang demikian, para peserta boleh meningkatkan kemahiran asas mereka melayari internet. Kesannya, peserta tidak hanya menggunakan internet untuk berhibur malah mereka sudah boleh melakukan penyuntingan gambar menggunakan kaedah yang lebih kreatif.

Sebelum bermulanya kelas berkenaan, peserta akan didedahkan dengan topik KDB iaitu “Buli Siber”. Buli siber merupakan satu jenayah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada setiap individu khasnya kanak-kanak. Seramai 5 orang kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar telah menyertai kelas tersebut. Kelas berkenaan telah berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 10 pagi sehingga 11 pagi. Kelas berkenaan telah diadakan di bilik latihan PI Sibuti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali