Bual Bicara Santai Bersama Usahawan (Puan Amy)

1 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan aktiviti bual bicara santai bersama usahawan di Facebook Page PIK Sibuti. Sesi bual bicara santai ini bertujuan untuk mempromosi produk keluaran Puan Amy kepada rakan-rakan Facebook Page PIK Sibuti. Aktiviti ini telah dijalankan secara langsung menerusi aplikasi Stream Yard di laman Facebook Page PIK Sibuti.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika sesi sembang santai ini adalah sesi temu bual berkenaan promosi produk jualan Puan Amy dan bersembang tentang kembangan terkini perniagaannya terutama dalam tempoh PKPP ini. Aktiviti sembang santai ini telah berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 1.00 petang. Sesi bual bicara ini telah diadakan di bilik latihan PIK Sibuti dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali