Kelas Bimbingan Komuniti-Tatacara Mengisi Borang Secara Atas Talian

1 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

PIK Sibuti telah mengadakan kelas bimbingan komuniti, tatacara mengisi borang secara atas talian. Semasa kelas ini, peserta telah diajar dan dibantu oleh staf PIK Sibuti berkenaan tatacara mengisi borang Rumah Mesra Rakyat (RMR) di laman sesawang SPNB. Kelas ini juga bertujuan untuk menggalakkan komuniti kea rah memaksimumkan penggunaan teknologi digital.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas ini adalah pengenalan asas kepada komputer dan internet dan mengisi borang RMR di laman sesawang SPNB. Kelas ini telah berlangsung selama 30 minit bermula pada pukul 10.00 sehingga 10.30 pagi. Kelas ini telah diadakan di bilik latihan PIK Sibuti dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali