Kelas Asas ICT (Menaip)

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas asas ICT (menaip) pada 25 Januari 2019. Objektif utama kelas ini untuk memperkenalkan dan meningkatkan kaedah serta kemahiran menaip peserta menggunakan komputer.

Pada masa yang sama, peserta juga turut diberi pendedahan mengenai penggunaan internet selamat melalui taklimat ringkas dan tayangan video advokasi dan KDB. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 10 orang peserta yang telah menghadiri kelas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali