Kelas Membuat Kad Perniagaan

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Membuat Kad Perniagaan. Objektif utama kelas bertujuan untuk mengajar komuniti terutama usahawan membuat kad perniagaan menggunakan Microsoft Word. Peserta juga didedahkan dengan pengetahuan asas berkenaan komponen komputer. Pada masa yang sama, para peserta juga turut didedahkan laman sesawang sebenarnya.my. Program tersebut diadakan di Pusat Internet Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam. Seramai 9 orang peserta yang telah menyertai aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali