Kelas Learn for Good

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Learn for Good pada 10 Mac 2019. Objektif kelas ini untuk mendedahkan peserta kepada penggunaan asas ICT dan meningkatkan kemahiran asas berfikir. Pada masa yang sama, peserta juga turut diberi pendedahan mengenai buli siber.

Peserta didedahkan agar tidak terlibat dengan buli siber. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 7 orang peserta yang telah menghadiri kelas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali