Kelas Lukisan Alam Maya

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas lukisan alam maya pada 19 Januari 2019. Objektif utama kelas ini untuk memperkenalkan dan meningkatkan kemahiran penggunaan komputer peserta dalam kesenian (lukisan) menggunakan laman sesawang Autodraw.

Pada masa yang sama, peserta juga turut diberi pendedahan mengenai buli siber melalui taklimat ringkas dan tayangan video advokasi dan KDB. Kelas tersebut telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 9 orang peserta yang telah menghadiri kelas tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali