Kahoot KDB

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas Kahoot KDB. Tujuan utama kelas tersebut adalah untuk menerapkan adab dan sikap yang baik dalam penggunaan internet melalui kuiz online Kahoot. Pada masa yang sama, para peserta juga didedahkan dengan advokasi melalui tayangan video dengan topik online grooming. Aktiviti ini telah diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali