Basic ICT: Internet Master

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Asas ICT yang bertujuan untuk mendidik para peserta khususnya generasi muda bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan asas komponen-komponen komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, pembesar suara, dan sebagainya. Pada masa yang sama, para peserta juga diajar cara-cara menghidupkan dan mematikan (on off) komputer dengan betul dan selamat.

Sebelum berlangsungnya kelas tersebut para peserta diberi taklimat KDB dan advokasi. Mereka diberi penerangan tentang topik berkongsi maklumat secara berlebihan di media sosial. Program tersebut telah diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 12 orang peserta yang telah menyertai kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali