Program Taklimat dan Latihan Kebakaran 2019

23 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Zon Sibuti iaitu Pusat Internet Sibuti, Pusat Internet Bekenu dan Pusat Internet Niah telah mengadakan Program Taklimat dan Latihan Kebakaran pada 22 Mac 2019. Program ini adalah program kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri. Objektif program ini untuk memberi pendedahan kepada staf PI dan komuniti setempat dalam menangani situasi kebakaran dan kecemasan.

Pada masa yang sama, komuniti juga turut diberi pendedahan mengenai advokasi berkenaan topik tidak pasti jangan kongsi. Komuniti juga didedahkan dengan topik buli siber. Program tersebut telah diadakan di Pusat Internet Niah dan telah berlangsung selama 4 jam. Seramai 74 orang komuniti yang telah menghadiri program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali