eKelas Live

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan ekelas Live pada 14 September 2019. Objektif utama eKelas Live ini membantu para pelajar khususnya mereka yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Di dalam kelas ini pelajar berinteraksi dengan cikgu secara langsung menggunakan aplikasi “zoom” dan melakukan aktiviti dalam kelas Sains dan Matematik.

Pelajar juga diajar kaedah menggunakan learning port. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuti dan telah berlangsung selama 3 jam. Seramai 2 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali