eKelas Live (Minggu 20)

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan ekelas Live bagi minggu ke-20. Objektif utama eKelas Live ini membantu para pelajar khususnya mereka yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pada 02 Ogos 2019 iaitu kelas Bahasa Inggeris, pelajar telah melakukan ulangkaji bersama cikgu dan menggunakan learning port.

Manakala untuk 03 Ogos 2019 pula, pelajar berinteraksi dengan cikgu secara langsung menggunakan aplikasi “zoom” dan melakukan aktiviti dalam kelas Sains dan Matematik. Bagi pelajar tahun 6, mereka melakukan penilaian secara atas talian. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuti dan telah berlangsung selama 4 jam. Seramai 8 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali