eKelas Live (Minggu 19)

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan ekelas Live bagi minggu ke-19. Objektif utama eKelas Live ini membantu para pelajar khususnya mereka yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pada 26 Julai 2019 iaitu kelas Bahasa Inggeris, pelajar terlibat dengan pertandingan mengarang asei.

Manakala untuk 27 Julai 2019 pula, pelajar mendengar taklimat daripada cikgu secara langsung menggunakan aplikasi “zoom” dan membuat eksperiment dalam kelas Sains. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuti dan telah berlangsung selama tiga jam. Seramai 6 orang peserta yang telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali