BeFunky - Malaysia Day

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas mengedit gambar dan ucapan sempena sambutan Hari Malaysia. Tujuan utama kelas tersebut adalah untuk memupuk semangat patriotik melalui aktiviti mengedit gambar menggunakan perisian atas talian BeFunky. Pada masa yang sama, para peserta juga didedahkan dengan KDB dan advokasi melalui tayangan video. Aktiviti ini telah diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai pertandingan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali